9 Pemakanan Terbaik Untuk Jantung Anda




Jantung merupakan organ terpenting manusia. Ia berfungsi mengepam dan mengedarkan darah ke seluruh badan. Makanan yang mengandungi Omega 3 adalah salah satu makanan terbaik untuk jantung kita. Berikut adalah makan yang baik untuk jantung yang sihat.

Oat

Mulakan hari anda dengan semangkuk oat. Sajian ini kaya asid lemak omega 3, folat dan kalium. Ia juga kaya dengan serat membantu menurunkan kadar kolesterol jahat LDL dan mencegah pembentukan plak di dinding arteri.


Salmon

Ikan yang kaya dengan asid lemak omega 3 ini efektif menurunkan tekanan darah dan mencegah pembekuan darah. Ia juga dapat mengurangkan risiko kematian akibat serangan jantung hingga 33 peratus.

Cadangan makanan : 2 keping seminggu

Avocado

Menambah lemak sihat ke dalam diet anda. Avocado sangat kaya dengan lemak tunggal tidak tepu malah ia mampu menurunkan kadar kolesterol jahal LDL dan meningkatkan kadar kolesterol baik HDL dalam tubuh.


Minyak Zaitun

Kaya dengan lemak tunggal tidak tepu dan ia pengganti baik bagi mentega.


Kekacang

Kacang almond mengandung beberapa nutrisi yang menjaga darah tetap mengalir dengan baik dan membuka arteri. Mereka adalah sumber makanan yang sangat baik untuk vitamin E, antioksidan yang mencegah kolesterol jahat teroksidasi dan membentuk plak pada dinding arteri. Almond kaya akan kalsium, vitamin E, magnesium dan lemak sehat, yang semuanya baik untuk jantung Anda. 


Berries

Blueberries, raspberries, strawberries dan lain-lain berries kaya anti keradangan. Ia berfungsi untuk mengurangi risiko penyakit jantung dan kanser.


Bayam

Bayam merupakan sumber vitamin C dan Beta-Karotin. Nutrisi ini merupakan antioksidan yang kuat dan dapat membantu mencegah kolesterol jahat. Bayam kaya dengan berbagai komponen sihat seperti lutein, folat, kalium dan serat.


Biji Rami (Linseed)

Biji rami kaya dengan serat dan omega 6. Pengambilan biji rami boleh dimakan bersama sajian oatmeal anda.


Kacang Soya
Kacang soya membantu menurunkan kadar kolesterol kerana rendah lemak.



1 comments